Mengenai HiGOAT
HiGOAT telah dikenali sejak tahun 1998 melalui pengeluaran produk minuman kesihatan yang diperbuat daripada susu kambing tulen terbaik yang diperoleh terus dari ladang. Semua produk ini menggunakan susu kambing tulen yang diimport khas dari Holland, iaitu negara peneraju dalam menghasilkan susu kambing terbaik di dunia.
HiGOAT merupakan sebuah syarikat milik penuh Muslim dan Bumiputera. Selain itu, proses pengeluarannya turut mematuhi garis panduan Islam dan merupakan produk yang halal sepenuhnya. Sehingga kini, HiGOAT telah mengeluarkan pelbagai jenis produk berasaskan susu kambing. Ini membuktikan bahawa HiGOAT adalah jenama yang dipercayai oleh orang ramai dan masih bertahan hingga ke hari ini.
Lebih kesemua produk HiGOAT diformulasikan dengan susu kambing serta bahan semula jadi seperti serat, protein, mineral dan multivitamin lain yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh. Bahan semula jadi ini juga membantu meningkatkan imuniti badan dalam melawan jangkitan serta serangan virus.
Semua produk HiGOAT diformulasikan mengikut piawaian antarabangsa yang mematuhi SOP serta pensijilan MESTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, sijil HALAL daripada JAKIM, dan sijil Amalan Pengilangan Baik (GMP) daripada pihak berkuasa, dan sentiasa dipantau oleh pakar profesional yang berpengalaman dan bertauliah. Bagi menghasilkan yang terbaik untuk ANDA, HiGOAT telah menghimpunkan sebuah pasukan penyelidik pakar yang berwibawa dalam bidang masing-masing untuk membangunkan produk inovatif khusus untuk anda.